Thursday, December 9, 2010

Sebuah Migrasi


Dear blog...

Sebenarnye tema update hari ni atas permintaan kawan aku bernama hadi, iaitu, kisah aku di utara. Ups, before pape, aku dah sah menjadi penduduk di utara iaitu di Changlun, Sintok, Kedah. The journey has just begun. Oh dear. hehe! Belum ape ape, aku dah pikirkan yang aku bakal bersara disini. Phew, jauh dari pembangunan pesat kota metropolitan tetapi aku percaya disini peradaban manusia tidak kurang hebatnya. Tiba tiba aku juga terfikir tentang 'Blue Zone' macam dalam cerita Oprah dimana ia tempat orang leh hidup lebih lama kerana kurang stress dek kerana faktor persekitaran. hehe! That was my second impression. My first impression was : What Daaaa.... huh!! Semuanya terjadi kerana, kawan aku yang temankan aku ke sini membawa aku ke changlun menggunakan jalan berliku dan kampung. Mmg takde pape kat situ. Aku cuak. haha! Bile sampai sini, dah tinggal sini selama hampir sebulan, aku makin menyukai tempat ini. Tak kenal maka tak cinta. Aku dah biasa tinggal di bandar2, bertahun2, jadi apa salahnya beranikan diri tinggal di tempat kurang bandar. Tak mati pun. Cume mati kutu je. hehe!

Hidup aku disini pun baru bermula, aku pun belum explore byk byk lagi. takpe, dah lama2 nanti aku biase lah.. and byk tahu. buat masa sekarang, aku tahu yang basic2 ye. Dan kebanyakkannye, pasal barang2 yang murah dan jimat la kalau duk sini. aku isi minyak kete pun, rasa lambat sgt nak habis. kalau kat KL, isi full, dua tiga hari dah empty. haha! kalo harga minyak naik, takde la beban sgt kt aku, tapi aku ttp dgn pendapat, tak patut la naik byk2, cian org2 yg slalu gune minyak. huhu! Makanan pun sini murah. Sehari ada la dalam rm 15 je habis utk makanan. umah aku ni takde dapur lagi, so makan luar je la.

Rindu sama KL? yeah, mesti lah rindu jugak, ada ramai org yang aku sayang kat sana. :)) Tapi takdelah sampai stress sgt2 nak balik. Aku bersyukur kerana aku ni jenis seorang yang sentiasa sedapkan hati sendiri. Sape lagi nak sedapkan hati kalau bukan diri sendiri. itu je cara untuk aku bertenang. Aku dapat byk sokongan untuk stay sini dari famili and kawan2... Cume kawan aku yang baru kawin, merangkap housemate aku yang selalu balik KL, sebab rindu kat asben dia. hehe! Aku paham, mood org baru kawen, inai kat jari pun belum padam lagi. Adatlah... hehe! Otomatik jugak aku pikir, kalau aku kawen plak mcm mana lahh.. hhehe! ape la aku ni, dah pikir pasal kawen plak. heeeeeeeeeeehehe! tapi sbenarnye, aku mmg dah patut pikir pasal kawin pun. weeee.... :)

Pasal kerja. Menjawat jawatan sebagai Guru Bahasa DG 41 dan bakal mengajar pelajar pra siswazah. Tak sangka pulak aku bahawa aku akan mengajar subjek yang aku ajar di Maktab ketika aku menjadi pensyarah sementara dulu. Syukur.. Sekurang2nye aku tak blur dah nak ajar ape. Sampaikan CC pun request aku ajar subjek tu sbb dah ada pengalaman ajar subjek tu. :) Rakan sekerja semua baik2 belaka. Cume dalam bulan ni tgh cuti sem, so aku belum smpt jumpe semua guru bahasa n pensyarah lagi.

Pasal rumah sewa pulak. hmm.. nasib baiklan aku dah suruh Imtiaz cari awal umah sewa. Buat kekawan yang bakal bekerja jauh dari rumah ibu bapa, masa dpt surat tawaran tu, cpt2 cari rumah sewa. nanti tak kelam kabut. Mmg lah UUM sediakan rumah utk staf, tapi dgr dari pensyarah ianye limited sebab kalau nak apply anda mungkin dalam senarai tercorot dalam list utk dpt umah kat situ. So, disinilah aku --> Taman seri meranti, Changlun. Dekat dgn pekan, ada mcm2. kompleks Changlun (hypermarket ala2 warta bangi), Caltex (tapi aku masih setia dgn Petronas, sanggup g jauh isi minyak), pasar malam changlun (5 minit dari rumah), Mapley (Seven Star - 24 hours), Seven eleven (24 hours), stesen bas ke Putrajaya pun ada. so mmg takde masalah la. cume jiran2 kata sini slalu banjir, so hati2 je lah. kiki!

Jadi... itulah dia serba sedikit ttg migrasi aku ke utara. Byk lagi nak citer. Tapi tak larat dah tgn nak taip. hehe! so, Hello new life, and to my previous life, please don' fade away. I want u, still.. :) Bye!

Friday, November 12, 2010

MayBe TherE's a ReaSon WHY.... MaAf InI bUkAn DrAmA...


Hai..

Blog yang senyap sunyi ni ibarat macam rumah tempat singgah aku je. haha! senyap sunyi dan sepi. yang kadang2, aku perlukan untuk lari dari hiruk pikuk kesibukan. haha! It's all i can say, mcm it's all you can eat. Buffet tu. :)

Aku bangun pagi ni dengan pelbagai perasaan. Aku tak nafikan perasaan yang telah berbulan aku alami dan aku cube lupekan, adalah satu misi hampir mustahil untuk dilakukan dalam jangka masa yang pendek ini. Mungkin kerana aku terlalu hampir kepada tidak percaya ini akan terjadi kepada aku, dan oleh sebab aku tidak percaya, aku hampir tidak boleh menerima. Aku tertekan. Untuk jangka masa yang panjang aku cube pujuk hati, supaya tidak terlalu terbawa bawa dengan keadaan. Aku sedar, aku perlukan masa untuk memahami semua ini, dan aku percaya satu hari nanti aku akan faham. Dan aku perlu sedar bahawa masa tidak sekali2 boleh diputar dan dihentikan melainkan jika jam tangan anda rosak. Aku tak pernah dan takkan menyalahkan takdir atas apa yang berlaku, kerana aku percaya takdir adalah sesuatu yang memberi petunjuk kepada kita dan membantu kita tanpa kita sedari. Cuma ape yang aku tidak boleh terima adalah sesuatu diluar kawalan aku.

Buat masa sekarang, mencari punca apa yang berlaku dan memperbetulkan keadaan bukanlah cara untuk membetulkan situasi. Mungkin perkataan yang paling tepat ialah, 'berharap'. dan aku serahkan segalanya pada Yang Maha Esa.. Ok, selepas ini, kehidupan aku bermula di Kedah.. Aku berdoa agar semuanya lancar... :)

Sunday, August 8, 2010

Haih..


haiz.

Friday, July 23, 2010

It's a Brand NeW SeaSon.. ^_^



Hello... ^_^

~INTRO~

memang lama giler tak jenguk blog ni. dah tukar dah design, and saya sukakannye!! :)) sejak kebelakangan ni terlalu byk lah menda terjadi.. tapi it's ok, itu UJIAN walaupun tak dpt gred, tapi dpt pengalaman. hehe.. kehidupan semua ok walaupun ada naik turunnye.. ni lah namanya stages of life. transition, one step at a time. Aku akui memang byk betul yang berubah sejak kebelakangan ni, tapi aku lalui jugak hari demi hari, walaupun ada sesetengah perubahan itu aku tidak langsung rancang, apetah lagi melaksanakannye. itu lah dia..

~CONFESSIONS~

Dah, hari ini aku sedar, hidup mesti diteruskan walau ape jugak yang terjadi. Walaupun hidup diteruskan, tak bermakna apa yang terjadi di belakang itu di tinggalkan begitu sahaja. TAK. aku tetap meneruskan hidup dengan harapan dan impian ape yang kelabu, keruh, negatif akan kembali jernih. sebab aku percaya setiap apa yang berlaku walau benda sekecik kuman, ada hikmah di sebaliknya. Sedangkan kuman yang kita sangka kotor dan jijik tu sebenarnya ada faedah dan fungsinye dalam dunia ni. kan? kan? kan?


~LIFE + WORK~

Oklah, sedikit mengenai hidup aku sebulan dua nii.. setelah bertungkus lumus mcm nak gile siapkan tesis, akhirnya ia dah berakhir. serius kalau boleh aku dah tak nak selak dah tesis tu. hahaha!!! seriusss.... bukan ape, kekadang rasa berdendam ngan tesis tu. tu yang sampai jadi cmtu. huhu.. tapi takpe lah, sume dah over. over. over. tarikh konvo pun bakal menyusul. Tarikh nye 8 Ogos 2010. sidang 4. 1.30 ptg.

Wat masa sekarang jugak, aku masih menunggu panggilan kerja permanent plak. keje kontrak di jalan imbi tu pun aku dah habiskan, walaupun ade lagi sebulan. hehe! pengalaman kat sana.. mmg UMPHHHH LAH! macam2 perangai manusia korporat yang aku tgk. hehe.. betul2 aku dah tak kije, aku dpt panggilan from sebuah institusi gov sbb dah lama aku apply utk jadi pensyarah sementara kat situ. tapi mula2 tak dapat, so aku ingat takde rezeki la. sebulan jugak la aku tak dpt berita pasal keje tu. tapi ngam2 dah berhenti, diaorg call. Nak aku start cpt. Hari ni call, 'ESOK START LEH TAK?'. aku rase nak pengsan time tu gak, sebab nak ngajar budak degree. kalo budak kecik umo 4 or 5 tahun tu leh la kot. huhu! keje ni pun , kawan aku , NONI yang rekomen. tapi masa tu aku pikir, kalau tak start skarang, BILE LAGI? so aku pun beranikan diri menerima offer tersebut. haha!!

hari tu jugak aku g tgk tempat, amik jadual kelas, module, and... senarai student aku yang nak dekat 50 org jugak. pheW! berpeluh! 3 jam seminggu. Aku dok pikir nak ngaja apeee.. huhu! first day class,hari selasa, kul 8 malam. masuk mcm muke pensyarah mmg tak leh blah.. pastu aku ingat kelas dia mcm bilik seminar kecik, rupenyeeeeeee.... auditorium besaq. bwaaaaaaahahah!! berpeluh! aku mcm nak gelak kuat (mcm selalu wat tu), tapi kontrol sbb ade student2.. haha! so, pas perkenalkan diri, (aku suh diaorg panggil 'miss' je), ingat nak suh panggil nad je, hehe, aku pun stat la pot pet pot pet... kelas tu sebijik macm kelas aku. tapi seimbang la, budak pompuan lebih kurang ramai ngan student lelaki. diaorg sume OK! wat masa skang lum sakit pale lagi. heh heh heh.. diaorg pun dah 2nd year, sume rapat antara satu sama lain.. trngat zaman kelas aku. huhu. aku harap dan berdoa, semuanya ok utk sem ni... ok student2? (harap2 la depa tak jupe blog, facebook, and twitter den) hahahahah!!!

Okeh, dat's all for now. adios. chowx.. :)

Wednesday, April 21, 2010

TeMa ThiS MonTh: YeS or No -> DeCiDE!

mmg ngantok. ngantok nak tido, tapi aku baru lepas makan mozza burger yang di beli kat A&W tadi masa on the way balik. org kate pas makan jgn tido, tak elok, so aku pun update la blog.. hehe. yang lame gak tak jenguk. huhu.. blog ni masih bernyawa rupenye. ade fungsi gak. blog ni tak ramai org bace. yg terdekat je. so bebas nak menulis. nampak sgt aku ni sgt sukekan privacy orgnye. hahahah!! tadi tgk tv jap, dah keluarkan AMARAN DENGGI! tolong ye kekawan, jauhi diri anda dari nyamuk aedes ni... kat umah aku ni sibuk dah fogging sane sini. kekadang aku konpius, diorg ni nak hapuskan nyamuk atau hapuskan ngan aku skali? serius la, leh lemas!!

o yer, pasal tajuk entri ni. pasal 'decision'. sejak kebelakangan ni, byk perkara yg uji aku utk wat keputusan. huhu!! satu demi satu. kerja, blaja, dan.. emmm.. mcm2 lah. semua memerlukan aku pilih. just so u know, it's not easy to make a decision. korg pun hadapi yang sama kannn.. keputusan demi keputusan. dalam hidup aku, semua keputusan muktamad adalah di tangan aku sendiri. mama n papa mmg mementingkan kebebasan buat keputusan aku. disebabkan itulah perjalanan hidup aku sgt nomad kedengarannye. aku ke situ, aku kesana, aku ke sini. mama n papa tak pernah membantah ape yang aku buat, kalau diaorg rasa tak setuju, diaorg bg nasihat. hehe.. pasal tu la sbelum buat keputusan, otak aku rase mcm nak pecah je pikir baik buruk nye. Sejak beberapa tahun lepas, aku bersyukur kerana aku mampu mengawal hidup aku. Aku tidak liar, walaupun takde kat depan mama n papa. aku pun bersyukur kawan2 aku sumer best2, cool, dan tak pernah sekali pun niat diaorg atau mengajak aku buat benda tak elok. jadi, untuk rasa yang lebih positif, aku bersyukur dengan semua ape yg ade dan yang berlaku. ape yg tak elok berlaku tu, aku percaya ade hikmah. tak semestinya benda yg tak elok tu akan statik selamanya mcm tu. kan?

tentang buat keputusan tu, keputusan telah dibuat. aku ni kalo dah buat keputusan, mmg tak nak regret. move on la kate org. hehe.. keluhan kesal sepatah dua kata tu kekadang tanpa niat pun. not a big deal. haha! itu org kata post traumatic on making decision. dia tak ok kejap, lame lame bila dah nampak sinar harapan baru, lupalah pasal tu. pasal career, ayah aku ade gak jd kaunselor aku.. pasal kawen.. hehe! mmg sah la mama n papa tak masuk campur langsung. so arranged marriage mungkin takkan terjadi ye dalam hidup aku.. papa aku asek perli2 je kate aku tak pandai cari boipren. takdela serius mana. huhu!! makcik2 n pakcik2 n kwn2 ayah je yg tanye extra kalo part aku lum kawen n lum keje ni. mama n papa aku agak cool je. takde pakse2. stakat tanye tu, biase la kan. hehe! eh ni citer pasal aku ke? wahaha!! sorry la terbuat essei plak. haaa..aku rase perut aku dah bagi green lite kate dah leh tido. nak tido duluuuuuu.... NYTEEE!! muax!

Friday, April 9, 2010

TakDe MaSe...

Haiiii.....

Lame tak jenguk blog. ye la, sesuai ngan tajuk entri ni. takde mase. hahah! mmg, skang ni tak byk masa terluang mcm dulu. dulu leh handle byk2 akaun, skang ni tidak lagi. aku kene handle banyak chapters. wakaka! rasenye dalam bulan ni, mmg tema aku 'takde mase'.

Aku takde mase nak pikirkan masalah sebenar yang aku hadapi. masalah yang aku letak ketepi dulu, bukan menafikan, tapi memberi laluan kat aku supaya dapat bernafas sendiri sebelum dapat menghadapainye. ;) Aku takde masa nak fikirkan cinta, bukan menolak, tapi jugak memberi peluang untuk aku lebih mengenal. ;) so, itu sahajalah rentetan sket kehidupan aku. untuk daily update aku, kekawan mesti tau nak cari aku kat mane. kat mane lagi: twitter la. :)))

Friday, March 5, 2010

Ingat Lagi Tak diriKu?

Lagu yang saya suka pada waktu ini...:)) perfect duet!

Lirik Lagu Ingatlah Diriku - Chandra feat Sheila Majid

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku masih sayang padamu
Namun bila dirimu tak lagi memerlukanku
Cukup sampai disini
Hingga kini bersama lagi

Reff :Ingatkah diriku yang pernah
Ada disampingmu
Ada diwaktumu
Ada dihatimu
Kuingat dirimu yang pernah
Hadir disampingku
Temani waktuku
Temani hatiku

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku sangat sayang padamu
Namun entah mengapa perpisahan ini mencambukku
Semoga kita bersama lagi

Sunday, February 14, 2010

Bukan CinTa BiasA..

heloo!!
Fuh, aku baru bangun.

Mimpi indah itu smalam. lena aku tido. dan lebih best bile terkenang tgk citer V day dengan kawan2. mmg cite tu klakar. Especially bile ade patrick dempsey berlakon. Ashton Kutcher lagi!! Jessica Alba, Jennifer and Taylor Swift!! Huuhu! Actually sbelum pegi, aku dah review awal2 cite tu cmne, mesti semua org pun wat cmtu kan? Hak pengguna le katakan.. hehe! bile aku bace, critics sumer kata it's a disaster movie. Tp reaksi aku, belum tgk belum tahu. Memang! Akhirnye, aku terhibur dengan movie tu! Nah, poster citer tu kalo ade sesapa lum tahu akan kewujudan citer ni!


Citer ni mengisahkan pasal beberapa kisah cinta pasangan dari pasangan yg kecil seusia sekolah rendah, high school, adult sampai senior. Bukan pasangan je, tp juga individual jugak. Citer ni ade part romantiknye..banyak tapi ia tak bawa kite terlalu hanyut n leka dengan anggapan bahawa 'cinta tu sweeeett'. Realiti itu penting. Dalam cinta, ade suke, duka, susah, senang! itulah yang ade dalam citer ni... :) Ceh, aku ni suke mcm tgh bercinte je. ahaha! Padehal tak. takpe, takpe, dalam muvie ni kata, we cannot plan love. yeah! aku suke idea tu!! :))
Oklah kekawan, aku pun nak beredar. Nak mandi n buat la pape yang patut di pagi ahad nih. hehe!! Adios, chan chin chau!!

Wednesday, February 10, 2010

Perjuangan Yang Belum Selesai

Fuh, dah lame gile tak jenguk ke blog ni.. hmm..alasan seperti biasa. bz. bz ape pun aku tak tahu. Entah kemana aku belanjakan masa2 aku sepanjang aku tidak mengupdate blog. Nak kata keje dah siap, tak jugak. dok tang tu gak. Mmg progress banyaakkk... tp selagi tak dapat approval dari tokey besar (Supervisor i) selagi tu lah tahapnye, mmg masih tang tu jugak. Trauma dulu belum hilang (Saat dia menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kerja aku). Tp Hey! Trauma tak trauma, BUAT. Ingat dengan trauma tu, keyboard tu leh taip dengan sendiri kee?? Yeah, sbb itulah perjuangan aku belum selesai. Tp syukur, sume dalam progress. (positif! positif!) :DD

Tak banyak yang aku leh update ttg pergerakan hidup sebulan dua ni. sumenyer sama je. SAMA. Hidup aku dalam lingkaran Putrajaya-Bangi. Tak lebih dari itu. Paling jauh pun pegi ASWARA (tonton teater TANDA dengan kwn2) dan pegi Midvalley hantar adik. Smentara siapkan kerja, aku ada menjenguk peluang kerja di website. belum apply, cume research. itu dah cukup. Aku masih menunggu beberapa panggilan yg aku anggap berbaloi utk ditunggu. Tunggu bile aku dah penat menunggu, mungkin aku perlu fikirkan Plan B. Tunggu itu SEKSA!! kan?

Selain dari itu, aku dah takde ape dah nak cakap. Secara fizikal, itulah updatenye... :))) Secara fizikal jugak aku dah ngantuk. Penat mata. Penat otak. Penat badan. Adios. Bye!