Friday, November 12, 2010

MayBe TherE's a ReaSon WHY.... MaAf InI bUkAn DrAmA...


Hai..

Blog yang senyap sunyi ni ibarat macam rumah tempat singgah aku je. haha! senyap sunyi dan sepi. yang kadang2, aku perlukan untuk lari dari hiruk pikuk kesibukan. haha! It's all i can say, mcm it's all you can eat. Buffet tu. :)

Aku bangun pagi ni dengan pelbagai perasaan. Aku tak nafikan perasaan yang telah berbulan aku alami dan aku cube lupekan, adalah satu misi hampir mustahil untuk dilakukan dalam jangka masa yang pendek ini. Mungkin kerana aku terlalu hampir kepada tidak percaya ini akan terjadi kepada aku, dan oleh sebab aku tidak percaya, aku hampir tidak boleh menerima. Aku tertekan. Untuk jangka masa yang panjang aku cube pujuk hati, supaya tidak terlalu terbawa bawa dengan keadaan. Aku sedar, aku perlukan masa untuk memahami semua ini, dan aku percaya satu hari nanti aku akan faham. Dan aku perlu sedar bahawa masa tidak sekali2 boleh diputar dan dihentikan melainkan jika jam tangan anda rosak. Aku tak pernah dan takkan menyalahkan takdir atas apa yang berlaku, kerana aku percaya takdir adalah sesuatu yang memberi petunjuk kepada kita dan membantu kita tanpa kita sedari. Cuma ape yang aku tidak boleh terima adalah sesuatu diluar kawalan aku.

Buat masa sekarang, mencari punca apa yang berlaku dan memperbetulkan keadaan bukanlah cara untuk membetulkan situasi. Mungkin perkataan yang paling tepat ialah, 'berharap'. dan aku serahkan segalanya pada Yang Maha Esa.. Ok, selepas ini, kehidupan aku bermula di Kedah.. Aku berdoa agar semuanya lancar... :)

Sunday, August 8, 2010

Friday, July 23, 2010

It's a Brand NeW SeaSon.. ^_^



Hello... ^_^

~INTRO~

memang lama giler tak jenguk blog ni. dah tukar dah design, and saya sukakannye!! :)) sejak kebelakangan ni terlalu byk lah menda terjadi.. tapi it's ok, itu UJIAN walaupun tak dpt gred, tapi dpt pengalaman. hehe.. kehidupan semua ok walaupun ada naik turunnye.. ni lah namanya stages of life. transition, one step at a time. Aku akui memang byk betul yang berubah sejak kebelakangan ni, tapi aku lalui jugak hari demi hari, walaupun ada sesetengah perubahan itu aku tidak langsung rancang, apetah lagi melaksanakannye. itu lah dia..

~CONFESSIONS~

Dah, hari ini aku sedar, hidup mesti diteruskan walau ape jugak yang terjadi. Walaupun hidup diteruskan, tak bermakna apa yang terjadi di belakang itu di tinggalkan begitu sahaja. TAK. aku tetap meneruskan hidup dengan harapan dan impian ape yang kelabu, keruh, negatif akan kembali jernih. sebab aku percaya setiap apa yang berlaku walau benda sekecik kuman, ada hikmah di sebaliknya. Sedangkan kuman yang kita sangka kotor dan jijik tu sebenarnya ada faedah dan fungsinye dalam dunia ni. kan? kan? kan?


~LIFE + WORK~

Oklah, sedikit mengenai hidup aku sebulan dua nii.. setelah bertungkus lumus mcm nak gile siapkan tesis, akhirnya ia dah berakhir. serius kalau boleh aku dah tak nak selak dah tesis tu. hahaha!!! seriusss.... bukan ape, kekadang rasa berdendam ngan tesis tu. tu yang sampai jadi cmtu. huhu.. tapi takpe lah, sume dah over. over. over. tarikh konvo pun bakal menyusul. Tarikh nye 8 Ogos 2010. sidang 4. 1.30 ptg.

Wat masa sekarang jugak, aku masih menunggu panggilan kerja permanent plak. keje kontrak di jalan imbi tu pun aku dah habiskan, walaupun ade lagi sebulan. hehe! pengalaman kat sana.. mmg UMPHHHH LAH! macam2 perangai manusia korporat yang aku tgk. hehe.. betul2 aku dah tak kije, aku dpt panggilan from sebuah institusi gov sbb dah lama aku apply utk jadi pensyarah sementara kat situ. tapi mula2 tak dapat, so aku ingat takde rezeki la. sebulan jugak la aku tak dpt berita pasal keje tu. tapi ngam2 dah berhenti, diaorg call. Nak aku start cpt. Hari ni call, 'ESOK START LEH TAK?'. aku rase nak pengsan time tu gak, sebab nak ngajar budak degree. kalo budak kecik umo 4 or 5 tahun tu leh la kot. huhu! keje ni pun , kawan aku , NONI yang rekomen. tapi masa tu aku pikir, kalau tak start skarang, BILE LAGI? so aku pun beranikan diri menerima offer tersebut. haha!!

hari tu jugak aku g tgk tempat, amik jadual kelas, module, and... senarai student aku yang nak dekat 50 org jugak. pheW! berpeluh! 3 jam seminggu. Aku dok pikir nak ngaja apeee.. huhu! first day class,hari selasa, kul 8 malam. masuk mcm muke pensyarah mmg tak leh blah.. pastu aku ingat kelas dia mcm bilik seminar kecik, rupenyeeeeeee.... auditorium besaq. bwaaaaaaahahah!! berpeluh! aku mcm nak gelak kuat (mcm selalu wat tu), tapi kontrol sbb ade student2.. haha! so, pas perkenalkan diri, (aku suh diaorg panggil 'miss' je), ingat nak suh panggil nad je, hehe, aku pun stat la pot pet pot pet... kelas tu sebijik macm kelas aku. tapi seimbang la, budak pompuan lebih kurang ramai ngan student lelaki. diaorg sume OK! wat masa skang lum sakit pale lagi. heh heh heh.. diaorg pun dah 2nd year, sume rapat antara satu sama lain.. trngat zaman kelas aku. huhu. aku harap dan berdoa, semuanya ok utk sem ni... ok student2? (harap2 la depa tak jupe blog, facebook, and twitter den) hahahahah!!!

Okeh, dat's all for now. adios. chowx.. :)

Wednesday, April 21, 2010

TeMa ThiS MonTh: YeS or No -> DeCiDE!

mmg ngantok. ngantok nak tido, tapi aku baru lepas makan mozza burger yang di beli kat A&W tadi masa on the way balik. org kate pas makan jgn tido, tak elok, so aku pun update la blog.. hehe. yang lame gak tak jenguk. huhu.. blog ni masih bernyawa rupenye. ade fungsi gak. blog ni tak ramai org bace. yg terdekat je. so bebas nak menulis. nampak sgt aku ni sgt sukekan privacy orgnye. hahahah!! tadi tgk tv jap, dah keluarkan AMARAN DENGGI! tolong ye kekawan, jauhi diri anda dari nyamuk aedes ni... kat umah aku ni sibuk dah fogging sane sini. kekadang aku konpius, diorg ni nak hapuskan nyamuk atau hapuskan ngan aku skali? serius la, leh lemas!!

o yer, pasal tajuk entri ni. pasal 'decision'. sejak kebelakangan ni, byk perkara yg uji aku utk wat keputusan. huhu!! satu demi satu. kerja, blaja, dan.. emmm.. mcm2 lah. semua memerlukan aku pilih. just so u know, it's not easy to make a decision. korg pun hadapi yang sama kannn.. keputusan demi keputusan. dalam hidup aku, semua keputusan muktamad adalah di tangan aku sendiri. mama n papa mmg mementingkan kebebasan buat keputusan aku. disebabkan itulah perjalanan hidup aku sgt nomad kedengarannye. aku ke situ, aku kesana, aku ke sini. mama n papa tak pernah membantah ape yang aku buat, kalau diaorg rasa tak setuju, diaorg bg nasihat. hehe.. pasal tu la sbelum buat keputusan, otak aku rase mcm nak pecah je pikir baik buruk nye. Sejak beberapa tahun lepas, aku bersyukur kerana aku mampu mengawal hidup aku. Aku tidak liar, walaupun takde kat depan mama n papa. aku pun bersyukur kawan2 aku sumer best2, cool, dan tak pernah sekali pun niat diaorg atau mengajak aku buat benda tak elok. jadi, untuk rasa yang lebih positif, aku bersyukur dengan semua ape yg ade dan yang berlaku. ape yg tak elok berlaku tu, aku percaya ade hikmah. tak semestinya benda yg tak elok tu akan statik selamanya mcm tu. kan?

tentang buat keputusan tu, keputusan telah dibuat. aku ni kalo dah buat keputusan, mmg tak nak regret. move on la kate org. hehe.. keluhan kesal sepatah dua kata tu kekadang tanpa niat pun. not a big deal. haha! itu org kata post traumatic on making decision. dia tak ok kejap, lame lame bila dah nampak sinar harapan baru, lupalah pasal tu. pasal career, ayah aku ade gak jd kaunselor aku.. pasal kawen.. hehe! mmg sah la mama n papa tak masuk campur langsung. so arranged marriage mungkin takkan terjadi ye dalam hidup aku.. papa aku asek perli2 je kate aku tak pandai cari boipren. takdela serius mana. huhu!! makcik2 n pakcik2 n kwn2 ayah je yg tanye extra kalo part aku lum kawen n lum keje ni. mama n papa aku agak cool je. takde pakse2. stakat tanye tu, biase la kan. hehe! eh ni citer pasal aku ke? wahaha!! sorry la terbuat essei plak. haaa..aku rase perut aku dah bagi green lite kate dah leh tido. nak tido duluuuuuu.... NYTEEE!! muax!

Friday, April 9, 2010

TakDe MaSe...

Haiiii.....

Lame tak jenguk blog. ye la, sesuai ngan tajuk entri ni. takde mase. hahah! mmg, skang ni tak byk masa terluang mcm dulu. dulu leh handle byk2 akaun, skang ni tidak lagi. aku kene handle banyak chapters. wakaka! rasenye dalam bulan ni, mmg tema aku 'takde mase'.

Aku takde mase nak pikirkan masalah sebenar yang aku hadapi. masalah yang aku letak ketepi dulu, bukan menafikan, tapi memberi laluan kat aku supaya dapat bernafas sendiri sebelum dapat menghadapainye. ;) Aku takde masa nak fikirkan cinta, bukan menolak, tapi jugak memberi peluang untuk aku lebih mengenal. ;) so, itu sahajalah rentetan sket kehidupan aku. untuk daily update aku, kekawan mesti tau nak cari aku kat mane. kat mane lagi: twitter la. :)))

Friday, March 5, 2010

Ingat Lagi Tak diriKu?

Lagu yang saya suka pada waktu ini...:)) perfect duet!

Lirik Lagu Ingatlah Diriku - Chandra feat Sheila Majid

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku masih sayang padamu
Namun bila dirimu tak lagi memerlukanku
Cukup sampai disini
Hingga kini bersama lagi

Reff :Ingatkah diriku yang pernah
Ada disampingmu
Ada diwaktumu
Ada dihatimu
Kuingat dirimu yang pernah
Hadir disampingku
Temani waktuku
Temani hatiku

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku sangat sayang padamu
Namun entah mengapa perpisahan ini mencambukku
Semoga kita bersama lagi

Sunday, February 14, 2010

Bukan CinTa BiasA..

heloo!!
Fuh, aku baru bangun.

Mimpi indah itu smalam. lena aku tido. dan lebih best bile terkenang tgk citer V day dengan kawan2. mmg cite tu klakar. Especially bile ade patrick dempsey berlakon. Ashton Kutcher lagi!! Jessica Alba, Jennifer and Taylor Swift!! Huuhu! Actually sbelum pegi, aku dah review awal2 cite tu cmne, mesti semua org pun wat cmtu kan? Hak pengguna le katakan.. hehe! bile aku bace, critics sumer kata it's a disaster movie. Tp reaksi aku, belum tgk belum tahu. Memang! Akhirnye, aku terhibur dengan movie tu! Nah, poster citer tu kalo ade sesapa lum tahu akan kewujudan citer ni!


Citer ni mengisahkan pasal beberapa kisah cinta pasangan dari pasangan yg kecil seusia sekolah rendah, high school, adult sampai senior. Bukan pasangan je, tp juga individual jugak. Citer ni ade part romantiknye..banyak tapi ia tak bawa kite terlalu hanyut n leka dengan anggapan bahawa 'cinta tu sweeeett'. Realiti itu penting. Dalam cinta, ade suke, duka, susah, senang! itulah yang ade dalam citer ni... :) Ceh, aku ni suke mcm tgh bercinte je. ahaha! Padehal tak. takpe, takpe, dalam muvie ni kata, we cannot plan love. yeah! aku suke idea tu!! :))
Oklah kekawan, aku pun nak beredar. Nak mandi n buat la pape yang patut di pagi ahad nih. hehe!! Adios, chan chin chau!!

Wednesday, February 10, 2010

Perjuangan Yang Belum Selesai

Fuh, dah lame gile tak jenguk ke blog ni.. hmm..alasan seperti biasa. bz. bz ape pun aku tak tahu. Entah kemana aku belanjakan masa2 aku sepanjang aku tidak mengupdate blog. Nak kata keje dah siap, tak jugak. dok tang tu gak. Mmg progress banyaakkk... tp selagi tak dapat approval dari tokey besar (Supervisor i) selagi tu lah tahapnye, mmg masih tang tu jugak. Trauma dulu belum hilang (Saat dia menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kerja aku). Tp Hey! Trauma tak trauma, BUAT. Ingat dengan trauma tu, keyboard tu leh taip dengan sendiri kee?? Yeah, sbb itulah perjuangan aku belum selesai. Tp syukur, sume dalam progress. (positif! positif!) :DD

Tak banyak yang aku leh update ttg pergerakan hidup sebulan dua ni. sumenyer sama je. SAMA. Hidup aku dalam lingkaran Putrajaya-Bangi. Tak lebih dari itu. Paling jauh pun pegi ASWARA (tonton teater TANDA dengan kwn2) dan pegi Midvalley hantar adik. Smentara siapkan kerja, aku ada menjenguk peluang kerja di website. belum apply, cume research. itu dah cukup. Aku masih menunggu beberapa panggilan yg aku anggap berbaloi utk ditunggu. Tunggu bile aku dah penat menunggu, mungkin aku perlu fikirkan Plan B. Tunggu itu SEKSA!! kan?

Selain dari itu, aku dah takde ape dah nak cakap. Secara fizikal, itulah updatenye... :))) Secara fizikal jugak aku dah ngantuk. Penat mata. Penat otak. Penat badan. Adios. Bye!

Friday, December 18, 2009

Ye Aku MasIh di Sini

Yer, mmg aku masih disini...

heheh! saje je nak wat tajuk ngengade.. keke! saje je nak wat update tentang diri ini.. ye la.. nak update selalu malas.. skarang ni dok bz ngan twitter.. tapi tgh figure out cara terbaek cmne nak update selalu gune henset E71. huhu..

Rite now aku pun tak percaya aku sedang berada dimana.. haha! aku belum balik umah lagi. memang la dah kene cek out dari kolej.. tapi last minit, jiran seblah bilik iaitu farah minta tlg temankan dia utk sehari dua... umah ni okay la jugak, ade wireless haram. hahah! aku pun tak tau wireless sape ni. tapi thanks.... umah ni sgt dekat dgn pkns. farah tak dapat tempat duduk kat kolej lagi, so aku pun temankan.. kiteorg bahagia ni.. heheheeh! dah la dok berdua je kat umah ni. hehe! umah ni betul betul blakang pkns. dekat je ngan ukm, 5 min drive. hehehe!!!

aktiviti lepas ni? tesis.. tesis.. adoii.. hahah!! ok tu je, nak post cepat sebab nanti wireless dah takde. o yer, nak luahkan sumthing. bile aku lalu kawasan kawasan kat bangi ni, terdetik rase rindu kat kawan2.. ye la, dah selalu kuar makan sama, ptg dan malam. tipu kalo aku kate aku tak rindu. waaa... miss uols. smoge jupe lagi..:)

Friday, December 11, 2009

AuToBot...BerTukaR!!

huhuuu....

seriusly aku perlukan perubahan drastik dalam hidup aku. Ape itu? aku belum pastikan. I need to get a life...soon!! menjadi berdikari sendiri adalah sasaran aku buat masa terdekat. dapat berdiri di atas kaki sendiri, itu yang aku harapkan dalam masa terdekat ini. umur aku bukan semakin muda, semakin tua,OK. Mmg la kalo perempuan, susah susah sgt, tros kawen je, senang. tapi, itu bukan aku. :) Moving slow n steady? nooo.. That's lame... sampai bila harus begini? aku akan pastikan, 'tak lama lagi'.

P/S: Suntikan adrenalin selepas dpt kol dari ayah aku, mmg betul betul berkesan... haha!

Thursday, December 10, 2009

HoW i WisH i Could

.....

how i wish i could tell everything... inside+outside=the whole picture and story of it. goshh..

.....

this is crazy...

Monday, December 7, 2009

So, Ko inGat Ko BesT?

Halu halu halu....

Hari ini adelah hari yang sepatutnya pendek tapi dipanjangkan disebabkan kerenah kerenah ntah ape ape yang aku dan kawanku lalui.. sungguh aku tak paham...

Benda yang sepatutnya setel dalam masa sepuluh minit, iaitu meminta pengesahan sijil sijil bertukar menjadi berjam jam lamanya. Aku yang sabar dari smalam dek kerana respon dari mereka yang berlagak lebih dari boss membuatkan aku akhirnye mengeluarkan kata kurang sopan depan dua kawan baik aku. aku malu, tapi itu diluar kawalan. Aku mmg tak sukekan kate kate kesat... tapi sabar aku ada batasnye... sorry kawan... korg terdengar ape yang aku kate tadi.. huhu... mmg aku hilang sabar.

Akhirnye, aku meminta pertolongan dari papa.... tak sampai berapa minit, semua pengesahan sijil aku diatur. setel. Thanx to PA papa kak siti, and kak zu.. Sungguh aku kalau boleh tidak mahu mengkritik system di tempat aku belajar selama bertahun2... tapi hari ini, mate aku terbuka untuk membenci pekerje pekerje yang bersikap kurang beretika terhadap kiteorg tadi. yang aku tak boleh blah, dan ayat paling best dari seorang kerani, 'tak boleh sign la, letrik takde, gelap'. Ape ke bengap bebenor ko ni, ingat aku budak tadika ke leh terime jawapan camtu. bengap. bengap.... Ape boleh bute ke kalo sain sijil dalam gelap. padahal bukan gelap bebenar, time tu tengah hari, matahari memancar mancar terangnye. sengal. bukan seorang dua staff yang bersikap kurang etika, tapi ade beberapa lagi. berlagak tol korang ye. eeii.. geramnye aku!

Camni ke nak maju? sedangkan student sendiri pun korang takde ikthiar nak tolong, ape lagi nak membantu masyarakat yang di luar sana. Pada beberapa orang kat fssk pagi tadi yang membaling kiteorg mcm bola supaye ke sana ke sini, 'TERIMA KASIH' aku ucapkan. Tapi ade juge yang mmg niat mahu tolong, seiklasnye, terima kasih juge...

Aku paham jike ape yang kiteorg mintak tu melanggar prosedur, aku bukannye bodoh sangat tak leh faham ape tu prosedur. tapi disebabkan korang manje sangat: tak leh nak sain dalam gelap, takde letrik panas, so tak leh sain, tak leh dok dalam opis , pegawai takde. bla bla bla.. buat aku rase mcm melampau... huhuuu.... tapi takpe la.. mungkin juge sebab keadaan kelam kabut n takde letrik, buat semua org takde mood nak sain sijil. hahaha... itu je la luahan hati aku. nak cakap lebih, mcm dah ngantok plak. hehe! baik aku layan lagu demi lovato. ok ZASSS... :)

Sunday, December 6, 2009

BerTerABUr...

fuhhh...

baru bangun and bukak tesis. trouble is a friend.. bwEEEKK.. ni yang rase nak extend ni.. hohohohoho... now, it's all berterabur . i hate seeing this thing rite in front of me!!!! i promise this thing will never happen again in my life and i wont let it happen ...ever...again in my life!!

Benda ni membuatkan aku tak dapat berfikir ... i curse u thesis!!!! for 100 generations!! i curse uuu!!! GRRR...

Tuesday, December 1, 2009

1 Dec....

Hari ini adalah satu disember. beberapa hari lagi hari untuk aku lewati. sungguh, aku akan hadapai hari hari ini dengan tabah. hehehe.. aku cube. untuk rilek. dan tak nak pikir ape ape yang boleh membuatkan mood aku berterabur lagi. eheheh! aku mmg bijak nak menyembunyikan ape yang terjadi, tapi bile part riak muke, aku mmg tak pandai control. fail. kali ni aku cube. lantak kaulah hati nak tonggang terbalik ke, aku tak dulik. hahahahhaha!!

Thursday, November 12, 2009

SuKe SukI gaK ..thanx husna..

Saja suka suka adapted from husna


1. Who was your FIRST prom date? Malaysia takde prom2

2. Do you still talk to your FIRST love? first love. ape tu? haha!

3. What was your FIRST alcoholic drink? NEVER

4. What was your FIRST job? Tlg parent kat umah, then dapat la upah. hehe..

5. What was your FIRST car?kete sorong? MYVI SE .

6. Who was the FIRST person to text you today? Papa...

7. Who is the FIRST person you thought of this morning? Papa gak..

8. Who was your FIRST grade teacher?dh xingat la...

9. Where did you go on your FIRST ride on an airplane?
Sabah. lawak la, sebab mase kat langit tu, saye tanye papa, knape kapal terbang ni berhenti kat langit. takottt..hehe!

10. Who was your FIRST best friend & do you still talk ? Jaslina. tapi dah lost contact. huhu..

11. Where was your FIRST sleep over? tak ingat.

12. Who was the FIRST person you talked to today? faeiz sebab saje kol. dia slalu ade sumthing klakar utk share. hehe!

13. Whose wedding were you in the FIRST time? makcik.

14. What was the FIRST thing you did this morning? celik mate. hehehe!

15. What was the FIRST concert you ever went to? Konsert sure heboh kat ipoh. g ngan abg aku. haha! tgk siti nurhaliza.

16. FIRST tattoo?CANNOT jugak...

17. FIRST piercing? mase kecik. sakettttttttttttttttt..........

18. FIRST foreign country you've been to? Indonesia.

19. FIRST movie you remember seeing? Mira Idora. tgk ngan parents mase kecik.

20. When was your FIRST detention? emmm... telefon umah dirampas papa. hehe... time tu lum pakei henpon. hee..

21. What was the FIRST State you lived in? Kuala Kangsar. :)

22. Who was your FIRST roommate? Mase kat uia, ade 8 orang. yg paling ingat, aisyah.

23. Who do you think will be the next person to post this? ntah la..

Monday, November 9, 2009

What's left unspoken..... is to be heard now...

yuhuu.. dah lama tak update blog... huhu.. true.. focus lebih sket kat fb. haha! dan lagi satu tesis. hahah! endless journey of my tesis writing. infinity..i guess... huh! (keluhan) .. arghh... pagi tadi telah aku luahkan kepada faeizbook ttg ape yang masalahnye dgn writing aku nih. puncanye, aku dah rase down bile performance aku not beyond expectation. rules are limiting my idea n writing. buat dengan semangat tapi akhirnye ...:((.. nape la depan supervisor aku tak leh ceritakan benda yang sama dgn apa yang aku ceritakan pada faeizbook? haihhhh... malu kot. yer, banyak bezanya citer depan kawan dengan citer dpn supervisor. Ape yang aku tahu, aku tak leh stop! let's finish this once and for all!!!!!! Wanna get rid of this thing... soon.!!!

P/s: kepada faeizbook, marilah kite bersama sama harungi ini!!! tesis lain lain, tapi semangat berkobar kobar nak siapkan tesis bulan disember ni sama. Ok, nak sambg wat kije. dah lega sket. haha.. bye.

Wednesday, September 16, 2009

GeLi GeLeMan....

Hai...

Update kali ini boleh lah aku katekan sebagai geli geleman... hehe! ini adalah berpunca dari mood aku yang tak berapa nak baik pagi ni dek diganggu oleh insan insan luar yang membuat aku nak tukar no tepon... seperti biase, aku takkan angkat telepon kalau nombor tu aku tak kenal dan aku akan hanya akan angkat, jika gerak hati aku kate 'angkat la tipun tu.....'.. :P aku tahu, bunyinye mcm tak proper, tapi aku manusia, ada tahap sabarnye..

Episod geli geleman ni bermula baru 5 minit tadi apabila aku cek inbox... ade la sorang makhluk Allah ni hantar msg kat aku, memuji ape yang tak sepatutnye pada bulan pose ni... cube la buat baik sket di malam malam terakhir ramadhan ni...hangin..hangin... kalo ko kat depan aku mmg aku rase nak cepuk cepuk ko bior sedar! dah la ko tu membe kepade membe aku lagi nak kuang asam ngan aku ye... aku tak nak amek kesah pun.. nanti cam bebudak plak. cume kalo aku terserempak ngan ko kat tepi jalan ke, jangan harap la aku nak tegur ko.. (cakap ngan penuh emosi) wakakakak! bukan sedara pun... Akhir kate, ZASSSSS....

P/S: Ko telah dibanned di atas kesengalan ko.

Additional info: Pengajaran lalu byk mengajar....

Tuesday, September 15, 2009

My Heart is Stronger....

The heart is stronger than you think....

Things get better, through whatever, if you fall, dust it off, dont let up..

If your mind keeps thinking you had enough, but the heart keeps telling you dont give up...

Who are we to be questioning wondering what is what....

Dont Give Up..

Tuesday, September 8, 2009

Ya Allah, TeRanGkan HatIku...

Hai,

Seperti biasa, hari ini akan dimulakan dengan tesis writing yang belum siap siap lagi.. huhu... aku akan cube yang terbaik untuk buat at least sesuatu pada hari ini... sebelum memulakan kerja writing ni, adalah lebih afdal kalau dimulakan dengan doa penerang hati, memohon semoga, segala urusan hari ini dimudahkan.. amin..




Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,

wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku..

Me & MyN97... (Drama Part One)

Hai all...

Pada waktu ini aku sangat lega...lega sebab malam ini aku masih boleh terus berkomunikasi dgn dunia luar menggunakan henset... ade pengajaran baru buat aku pada malam ini..

1) Jangan ambil ringan perkara kecik (selama ni aku buat tak endah je pasal cas henset kat laptop walaupun aku tahu ade risikonye di kemudian hari)

2) Utamakan keselamatan pada waktu malam (terutama ketika bersendirian- mase drive tadi ketika nak sampai kat equatorial bangi, ade satu kete honda kat lane laju tapi bwk slow giler... aku dgn berani pintas n bagi jelingan maut kat dier... tanpa aku sedari, maybe dia rase tercabar and kejar blakang kete aku dgn kelajuan maksimum. Nasib aku tak terbabas. Sengal punye driver! huhu! dah tahu bwk slow, yang ko pegi dok kat lane laju apesal? haihhhh...!! dah la tu, bawak awek plak..tak malu ke kat awek tu.. kalo aku jadik awek ko, mesti aku dah suh ko brentikan kete, pastu suh ko turun kete pastu suh ko balik umah ambik bas rapid je... huhu!)

Nak dijadikan cerita.........

Henset n97 aku baterinye kong... ok fine... lepas berbuka di KKM, aku pun balik nak charge henset guna USB kabel pada laptop..ternyata...tak leh ON langsung...!! Communication breakdown! dush! puas aku berfikir... mane satu yang rosak ni? untuk dapatkan kepastian, aku minta tlg dari faeizbook utk test charger pada laptop dier.. pun tak leh... so, aku ambil keputusan nekad, nak hantar kedai henset...

First, pegi kat PKNS.. pakcik tu kate tak leh sebab henset prob... dengan hati kecewa, aku g warta tingkat bawah. New info: henset N97 ni tak compatible dengan local charger.. dier nak original charger sebab mungkin arus letrik yang dibekalkan oleh laptop tak stabil n boleh buat henset rosak. so dier pun cadangkan ke tingkat 2 warta utk dapat set original... aku pun pegilah tingkat atas n budak tu kate dier ade ori set.. dalam otak aku sekarang ialah.... handphone mesti ON sebab takut ade emergency kal dari rumah... huhuhu! Aku cukup trauma sampai sekarang kalau ade emergency dari umah dan org rumah tak dpt kal aku... huhu! bayangkan kalau ada perkara tak diingini berlaku jam 3 pagi? hurmmm... Okeh.. akhirnye budak tu kata ada ori set... aku pun deal ngan dier pada harga RM90 utk ori charger.

Nak trn je...aku nampak satu sosok badan yang sgt ku kenali... HADI! hadi ada di warta! huhuuu...adekah kebetulan? masa tu baru aku tahu, hadi n faeiz dtg warta sebab mungkin risau kat aku kot.. hehe! walaupun diaorg kata diaorg datang warta sebab nak beli makanan owen, tapi aku tahu... mesti risau aku kene tipu ngan bebudak jual charger tue.. hehe! apepun, thankSSS... hehe! dengan bantuan paiz, harga dari RM 90 dikurangkan ke Rm 80. Rupenye budak tu ade hati gak nak tipu aku sebab charger tu nampaknye mcm bukan new set n ade la peristiwa lain yang mengkantoikan dier..nasib ade geng laki 2 org.. takut la sket dier.. haha! Okeh, tu je utk skang...aku pun dah lega sangat skang... leh tido dah...Adiossss!!