Friday, July 23, 2010

It's a Brand NeW SeaSon.. ^_^



Hello... ^_^

~INTRO~

memang lama giler tak jenguk blog ni. dah tukar dah design, and saya sukakannye!! :)) sejak kebelakangan ni terlalu byk lah menda terjadi.. tapi it's ok, itu UJIAN walaupun tak dpt gred, tapi dpt pengalaman. hehe.. kehidupan semua ok walaupun ada naik turunnye.. ni lah namanya stages of life. transition, one step at a time. Aku akui memang byk betul yang berubah sejak kebelakangan ni, tapi aku lalui jugak hari demi hari, walaupun ada sesetengah perubahan itu aku tidak langsung rancang, apetah lagi melaksanakannye. itu lah dia..

~CONFESSIONS~

Dah, hari ini aku sedar, hidup mesti diteruskan walau ape jugak yang terjadi. Walaupun hidup diteruskan, tak bermakna apa yang terjadi di belakang itu di tinggalkan begitu sahaja. TAK. aku tetap meneruskan hidup dengan harapan dan impian ape yang kelabu, keruh, negatif akan kembali jernih. sebab aku percaya setiap apa yang berlaku walau benda sekecik kuman, ada hikmah di sebaliknya. Sedangkan kuman yang kita sangka kotor dan jijik tu sebenarnya ada faedah dan fungsinye dalam dunia ni. kan? kan? kan?


~LIFE + WORK~

Oklah, sedikit mengenai hidup aku sebulan dua nii.. setelah bertungkus lumus mcm nak gile siapkan tesis, akhirnya ia dah berakhir. serius kalau boleh aku dah tak nak selak dah tesis tu. hahaha!!! seriusss.... bukan ape, kekadang rasa berdendam ngan tesis tu. tu yang sampai jadi cmtu. huhu.. tapi takpe lah, sume dah over. over. over. tarikh konvo pun bakal menyusul. Tarikh nye 8 Ogos 2010. sidang 4. 1.30 ptg.

Wat masa sekarang jugak, aku masih menunggu panggilan kerja permanent plak. keje kontrak di jalan imbi tu pun aku dah habiskan, walaupun ade lagi sebulan. hehe! pengalaman kat sana.. mmg UMPHHHH LAH! macam2 perangai manusia korporat yang aku tgk. hehe.. betul2 aku dah tak kije, aku dpt panggilan from sebuah institusi gov sbb dah lama aku apply utk jadi pensyarah sementara kat situ. tapi mula2 tak dapat, so aku ingat takde rezeki la. sebulan jugak la aku tak dpt berita pasal keje tu. tapi ngam2 dah berhenti, diaorg call. Nak aku start cpt. Hari ni call, 'ESOK START LEH TAK?'. aku rase nak pengsan time tu gak, sebab nak ngajar budak degree. kalo budak kecik umo 4 or 5 tahun tu leh la kot. huhu! keje ni pun , kawan aku , NONI yang rekomen. tapi masa tu aku pikir, kalau tak start skarang, BILE LAGI? so aku pun beranikan diri menerima offer tersebut. haha!!

hari tu jugak aku g tgk tempat, amik jadual kelas, module, and... senarai student aku yang nak dekat 50 org jugak. pheW! berpeluh! 3 jam seminggu. Aku dok pikir nak ngaja apeee.. huhu! first day class,hari selasa, kul 8 malam. masuk mcm muke pensyarah mmg tak leh blah.. pastu aku ingat kelas dia mcm bilik seminar kecik, rupenyeeeeeee.... auditorium besaq. bwaaaaaaahahah!! berpeluh! aku mcm nak gelak kuat (mcm selalu wat tu), tapi kontrol sbb ade student2.. haha! so, pas perkenalkan diri, (aku suh diaorg panggil 'miss' je), ingat nak suh panggil nad je, hehe, aku pun stat la pot pet pot pet... kelas tu sebijik macm kelas aku. tapi seimbang la, budak pompuan lebih kurang ramai ngan student lelaki. diaorg sume OK! wat masa skang lum sakit pale lagi. heh heh heh.. diaorg pun dah 2nd year, sume rapat antara satu sama lain.. trngat zaman kelas aku. huhu. aku harap dan berdoa, semuanya ok utk sem ni... ok student2? (harap2 la depa tak jupe blog, facebook, and twitter den) hahahahah!!!

Okeh, dat's all for now. adios. chowx.. :)