Friday, November 12, 2010

MayBe TherE's a ReaSon WHY.... MaAf InI bUkAn DrAmA...


Hai..

Blog yang senyap sunyi ni ibarat macam rumah tempat singgah aku je. haha! senyap sunyi dan sepi. yang kadang2, aku perlukan untuk lari dari hiruk pikuk kesibukan. haha! It's all i can say, mcm it's all you can eat. Buffet tu. :)

Aku bangun pagi ni dengan pelbagai perasaan. Aku tak nafikan perasaan yang telah berbulan aku alami dan aku cube lupekan, adalah satu misi hampir mustahil untuk dilakukan dalam jangka masa yang pendek ini. Mungkin kerana aku terlalu hampir kepada tidak percaya ini akan terjadi kepada aku, dan oleh sebab aku tidak percaya, aku hampir tidak boleh menerima. Aku tertekan. Untuk jangka masa yang panjang aku cube pujuk hati, supaya tidak terlalu terbawa bawa dengan keadaan. Aku sedar, aku perlukan masa untuk memahami semua ini, dan aku percaya satu hari nanti aku akan faham. Dan aku perlu sedar bahawa masa tidak sekali2 boleh diputar dan dihentikan melainkan jika jam tangan anda rosak. Aku tak pernah dan takkan menyalahkan takdir atas apa yang berlaku, kerana aku percaya takdir adalah sesuatu yang memberi petunjuk kepada kita dan membantu kita tanpa kita sedari. Cuma ape yang aku tidak boleh terima adalah sesuatu diluar kawalan aku.

Buat masa sekarang, mencari punca apa yang berlaku dan memperbetulkan keadaan bukanlah cara untuk membetulkan situasi. Mungkin perkataan yang paling tepat ialah, 'berharap'. dan aku serahkan segalanya pada Yang Maha Esa.. Ok, selepas ini, kehidupan aku bermula di Kedah.. Aku berdoa agar semuanya lancar... :)