Hello Malaysia!
Salam 1 Malaysia.. sejak akhir2 ni aku merasakan diri aku lebih semangat kenegaraan. Maklum lah, baru je habis pelbagai kursus yang tak kurus. 4 minggu kursus, 2 minggu kursus pensijilan (untuk sahkan jawatan sebagai ahli akademik) dan juga kursus induksi (untuk sahkan jawatan sebagai penjawat awam). Akhirnya, setelah penat berkursus, aku pun terus apply cuti 1 minggu. haha! bukan ape, kursus best, cuma penat. dah sebulan tak balik rumah dan luangkan masa dengan yang tersayang, so inilah masanya untuk membalas apa yang belum dilaksanakan. cewah...
Sepanjang kursus, aku didedahkan dgn macam-macam yang aku rasakan , oh ini satu permulaan rupanya. dulu aku ingatkan lepas abis master, dah takde beban dah. rupanya pengakhiran itu satu permulaan. Tu baru induksi, belum lagi korang dengar pensijilan punye kursus. tugasan sampai 8. fuyooo... ini bukanlah rungutan, tetapi satu kekaguman sebab aku berjaya lalui kesemua ini sampai habis.. at least, pandangan aku bertambah lagi keluasannya berbanding sebelum ini minda aku memang belum di luar kotak. kali ni, memang di luar kotak. haha.. Segala perincian tentang induksi dan pensijilan tidaklah boleh aku dedahkan secara terperinci sebab semuanya tanggungjawab kerahsiaan. Nanti pada anda yang bakal laluinya, nasihat saya, terimalah dengan hati terbuka, anggap ianya satu cara menyediakan anda ke alam yang lebih mencabar.. =)
Hari ni pula adalah hari last tak puasa, sebab esok mungkin puasa. syukur, kita dapat menyambutnya sekali lagi. Kali ini aku jugak rasa syukur dapat puasa dengan family, dan yang tersayang. tahun ini adalah tahun pertama aku dan dia puasa sama2 sebagai pasangan. sebelum ni memang tiap tiap tahun sebagai kawan. Aku ingat lagi, dia selalu sms aku time sahur. sampaikan time sahur dengan kwn2 pun aku masih sms ngan dia, sampaikan kawan2 aku pelik sape yang sms ngan aku time2 pagi bute gitu. haha! tahun ni memang satu tahun permulaan kepada pengakhiran. banyak benda yang berakhir, dan bermula kembali. pengakhiran yang membuat aku tabah dan kuat untuk mulakan sesuatu yang baru. mendalam maksudnya? kan? Apapepun, aku bersyukur dengan kehadiran dia sebagai permulaan untuk melengkapkan hidup aku. mane tak lengkap, aku kiri, dia kanan. hehe.... lengkap lah tu.. wakaka!!
oklah kepada semua muslimin dan muslimat, selamat menyabut ramadhan al mubarak.. :) selamat berpuasa..