Dear blog...
Sebenarnye tema update hari ni atas permintaan kawan aku bernama hadi, iaitu, kisah aku di utara. Ups, before pape, aku dah sah menjadi penduduk di utara iaitu di Changlun, Sintok, Kedah. The journey has just begun. Oh dear. hehe! Belum ape ape, aku dah pikirkan yang aku bakal bersara disini. Phew, jauh dari pembangunan pesat kota metropolitan tetapi aku percaya disini peradaban manusia tidak kurang hebatnya. Tiba tiba aku juga terfikir tentang 'Blue Zone' macam dalam cerita Oprah dimana ia tempat orang leh hidup lebih lama kerana kurang stress dek kerana faktor persekitaran. hehe! That was my second impression. My first impression was : What Daaaa.... huh!! Semuanya terjadi kerana, kawan aku yang temankan aku ke sini membawa aku ke changlun menggunakan jalan berliku dan kampung. Mmg takde pape kat situ. Aku cuak. haha! Bile sampai sini, dah tinggal sini selama hampir sebulan, aku makin menyukai tempat ini. Tak kenal maka tak cinta. Aku dah biasa tinggal di bandar2, bertahun2, jadi apa salahnya beranikan diri tinggal di tempat kurang bandar. Tak mati pun. Cume mati kutu je. hehe!
Hidup aku disini pun baru bermula, aku pun belum explore byk byk lagi. takpe, dah lama2 nanti aku biase lah.. and byk tahu. buat masa sekarang, aku tahu yang basic2 ye. Dan kebanyakkannye, pasal barang2 yang murah dan jimat la kalau duk sini. aku isi minyak kete pun, rasa lambat sgt nak habis. kalau kat KL, isi full, dua tiga hari dah empty. haha! kalo harga minyak naik, takde la beban sgt kt aku, tapi aku ttp dgn pendapat, tak patut la naik byk2, cian org2 yg slalu gune minyak. huhu! Makanan pun sini murah. Sehari ada la dalam rm 15 je habis utk makanan. umah aku ni takde dapur lagi, so makan luar je la.
Rindu sama KL? yeah, mesti lah rindu jugak, ada ramai org yang aku sayang kat sana. :)) Tapi takdelah sampai stress sgt2 nak balik. Aku bersyukur kerana aku ni jenis seorang yang sentiasa sedapkan hati sendiri. Sape lagi nak sedapkan hati kalau bukan diri sendiri. itu je cara untuk aku bertenang. Aku dapat byk sokongan untuk stay sini dari famili and kawan2... Cume kawan aku yang baru kawin, merangkap housemate aku yang selalu balik KL, sebab rindu kat asben dia. hehe! Aku paham, mood org baru kawen, inai kat jari pun belum padam lagi. Adatlah... hehe! Otomatik jugak aku pikir, kalau aku kawen plak mcm mana lahh.. hhehe! ape la aku ni, dah pikir pasal kawen plak. heeeeeeeeeeehehe! tapi sbenarnye, aku mmg dah patut pikir pasal kawin pun. weeee.... :)
Pasal kerja. Menjawat jawatan sebagai Guru Bahasa DG 41 dan bakal mengajar pelajar pra siswazah. Tak sangka pulak aku bahawa aku akan mengajar subjek yang aku ajar di Maktab ketika aku menjadi pensyarah sementara dulu. Syukur.. Sekurang2nye aku tak blur dah nak ajar ape. Sampaikan CC pun request aku ajar subjek tu sbb dah ada pengalaman ajar subjek tu. :) Rakan sekerja semua baik2 belaka. Cume dalam bulan ni tgh cuti sem, so aku belum smpt jumpe semua guru bahasa n pensyarah lagi.
Pasal rumah sewa pulak. hmm.. nasib baiklan aku dah suruh Imtiaz cari awal umah sewa. Buat kekawan yang bakal bekerja jauh dari rumah ibu bapa, masa dpt surat tawaran tu, cpt2 cari rumah sewa. nanti tak kelam kabut. Mmg lah UUM sediakan rumah utk staf, tapi dgr dari pensyarah ianye limited sebab kalau nak apply anda mungkin dalam senarai tercorot dalam list utk dpt umah kat situ. So, disinilah aku --> Taman seri meranti, Changlun. Dekat dgn pekan, ada mcm2. kompleks Changlun (hypermarket ala2 warta bangi), Caltex (tapi aku masih setia dgn Petronas, sanggup g jauh isi minyak), pasar malam changlun (5 minit dari rumah), Mapley (Seven Star - 24 hours), Seven eleven (24 hours), stesen bas ke Putrajaya pun ada. so mmg takde masalah la. cume jiran2 kata sini slalu banjir, so hati2 je lah. kiki!
Jadi... itulah dia serba sedikit ttg migrasi aku ke utara. Byk lagi nak citer. Tapi tak larat dah tgn nak taip. hehe! so, Hello new life, and to my previous life, please don' fade away. I want u, still.. :) Bye!