Saturday, October 15, 2011

Life's GooD... :)


YUP!! Life's good.... Weekend ni walaupun aku kene keracunan makanan akibat memakan burger dan makanan luar, akhirnya aku tumpas juga. Semalam muntah nak dekat sebaldi (tlg jgn imagine yeee) hehe.. akhirnya selepas mendapat rawatan kat klinik panel uum, pagi ni baru lega sket. Mungkin jugak sebab penat sgt, dah beberapa minggu ni keja non stop je, sampai tak sempat nak rehat. So, 2 hari ni mmg aku gunakan sebaiknye to heal myself akibat keracunan makanan ni. Siyes la lepas ni aku akan lebih berhati2 lagi dari terjebak dengan penyakit ini lagi. huhuhu.. Buat yang lain pun (mcm la ramai ngat bace blog ni) haha.. silalah hati hati dengan makanan yang anda makan. Check ape yang anda makan. bersih ke tak. alergik ke tak. dah basuh tangan ke tak sebelum makan. dah gosok gigi ke tak sebelum makan. :) begitulah seterusnya. kesihatan kene jaga ok. Lebih2 lagi kalo keje, mmg nanti terganggu keje2 anda. Bagi aku, hari ni dah ok sket, so esk kelas masih ada dan aku akan mengajar topic on APA referencing style. aiyaaaaaaakkk..

Apapepun, sem ni memang bz sangat222222!!! mana dengan kelas, conference at Penang, dengan pencerapan. uwaaaa.... Tapi ape boleh buat... keje dan arahan. Orders is orders. nguguguuugu... takpe lah, bagi aku bile semester bermula, memang susah nak rancang ape2. tunggulah bile cuti sem ni. Especially majlis ape ape ke. Majlis? ehemmmmmmm... yerp, niat di hati mmg begitulah, tapi dek kerana kesibukkan, tunggulah lepas abes semester ni. Baru sempat nak merancang ape2. Majlis kawen? oh tidak2. lambat lagi.. aku rancang nak wat makan2 antara keluarga je... dah lama tak gathering. sob2. Pendek kata, sem ni mmg hectic. Walaupun begitu, hidup tetap OK. Life's good.


Sunday, July 31, 2011

La La Land...


Hello Malaysia! 

Salam 1 Malaysia.. sejak akhir2 ni aku merasakan diri aku lebih semangat kenegaraan. Maklum lah, baru je habis pelbagai kursus yang tak kurus. 4 minggu kursus, 2 minggu kursus pensijilan (untuk sahkan jawatan sebagai ahli akademik) dan juga kursus induksi (untuk sahkan jawatan sebagai penjawat awam). Akhirnya, setelah penat berkursus, aku pun terus apply cuti 1 minggu. haha! bukan ape, kursus best, cuma penat. dah sebulan tak balik rumah dan luangkan masa dengan yang tersayang, so inilah masanya untuk membalas apa yang belum dilaksanakan. cewah... 

Sepanjang kursus, aku didedahkan dgn macam-macam yang aku rasakan , oh ini satu permulaan rupanya. dulu aku ingatkan lepas abis master, dah takde beban dah. rupanya pengakhiran itu satu permulaan. Tu baru induksi, belum lagi korang dengar pensijilan punye kursus. tugasan sampai 8. fuyooo... ini bukanlah rungutan, tetapi satu kekaguman sebab aku berjaya lalui kesemua ini sampai habis.. at least, pandangan aku bertambah lagi keluasannya berbanding sebelum ini minda aku memang belum di luar kotak. kali ni, memang di luar kotak. haha.. Segala perincian tentang induksi dan pensijilan tidaklah boleh aku dedahkan secara terperinci sebab semuanya tanggungjawab kerahsiaan. Nanti pada anda yang bakal laluinya, nasihat saya, terimalah dengan hati terbuka, anggap ianya satu cara menyediakan anda ke alam yang lebih mencabar.. =)

Hari ni pula adalah hari last tak puasa, sebab esok mungkin puasa. syukur, kita dapat menyambutnya sekali lagi. Kali ini aku jugak rasa syukur dapat puasa dengan family, dan yang tersayang. tahun ini adalah tahun pertama aku dan dia puasa sama2 sebagai pasangan. sebelum ni memang tiap tiap tahun sebagai kawan. Aku ingat lagi, dia selalu sms aku time sahur. sampaikan time sahur dengan kwn2 pun aku masih sms ngan dia, sampaikan kawan2 aku pelik sape yang sms ngan aku time2 pagi bute gitu. haha! tahun ni memang satu tahun permulaan kepada pengakhiran. banyak benda yang berakhir, dan bermula kembali. pengakhiran yang membuat aku tabah dan kuat untuk mulakan sesuatu yang baru. mendalam maksudnya? kan? Apapepun, aku bersyukur dengan kehadiran dia sebagai permulaan untuk melengkapkan hidup aku.  mane tak lengkap, aku kiri, dia kanan. hehe.... lengkap lah tu.. wakaka!! 

oklah kepada semua muslimin dan muslimat, selamat menyabut ramadhan al mubarak.. :) selamat berpuasa..

Wednesday, April 6, 2011

FinaL... AkhirNye...

Hello...

Yeay!!! baru je abes kelasss... 8am to 3 pm. giler. dalam opis ni aku sorg je yang terseksa pada hari ahad dan rabu. uwaaa.. tapi demi tugas, mendidik anak bangse, aku tak kesah. keke. elok juge kalau aku habiskan kelas hari ni sebab.......... hari lain aku takde kelas. huhu. tapi aku akan bz dengan conference. hrmmm.. xpe xpe. asekkk... tup tap tup tap, dah nak dekat 5 bulan aku kat sini. sumernye adelah ok. aku dah membiasakan diri kat sini. rakan sekerje sumer ok. 

cume kehidupan personal saje yang kurang sihat. Kalau ada yang perasan, aku dah umumkan aku dah in a relationship kat fb. tapi bukan kat fb je, luar fb ke, aku tetap cakap aku dah berpunye. memang, aku akui, status yang bertukar itu bukan semudah klik dan tukar sahaje. byk dugaan kami tempuhi sebelum perkara ini menjadi sesuatu yang umum. last week adalah klimaks kepada konfliks yang selama ini aku anggap remeh. Rupanya konfliks yang aku tak sangka itu hampir memusnahkan hubungan aku sekaligus memungkinkan aku kehilangan orang yang aku cinta. Dugaan. memang dugaan. nak reveal lebih lebih tak bolehlahh. hahaha.. cume ape yang aku nak sampaikan kat sini, tabahlah dengan dugaan yang mendatang. Dugaan adalah pengalaman asam garam dalam hubungan. hadapilah dengan tenang. =)

Ape yang berlaku telah lalu, kami dah laluinye dan alhamdulillah, things are getting better. Perkara mcm nilah yang menguji hubungan dan buat aku makin hargai hubungan kami. hehehe..ok lah, leh balik dah.. bye.  

Monday, March 14, 2011

Inilah masanyaa...


Heloooo...

banyak menda tol yang terjadi lately. hehe.. tapi aku kene cool. macam cool blog tu, maksudnye jgn cepat melatah or melenting. benda yang tak best, malas la nak kongsi bersama. tapi pasal menda yang tak best ni lah telah memberi satu hikmah kepada satu menda yang best. hahaha! pening tak? Alkisahnyeee... ialahhh... seperti yang sedia maklum, dah brape bulan aku menapa kat kedah ni, paling jauh pun aku g perak jupe buah hati aku, pastu aku balik lagi ke kedah. so, disebabkan itu, aku telah membuat keputusan utk ambik cuti hujung bulan ni, nak balik kl. yeaaahaaaaa... seronot. countdown sampai hujung bulan ni la. ahehehe... suke sukeee... 

selain balik ke putrajaya, boleh la aku bertemu buah hatikuuuuu.... banyak buah hati niii.. anak sedara, boipren, kuzen. sumer lah. so aku mmg nak balik. pendek kata, mmg nak balik. aku nak g i city tgk salji. :)) sukeeeee.... sbb kepala otak aku tgh serabut pikir macam macam ni. heheee... tapi takpelah, sabar je sampai hujung bulan ni. mak aku pun dah sound bile nak balik, so balik je la. tapi aku ni kalo balik pun, bukan reti sgt dok umah. asek nak merayau merata je. merayau plak tu bukan sejam dua, tapi bebebebebrapa jam jugak lah. hehe! dah la dalam otak ni ramai sgt yang aku rasa nak jupe, tapi belum lagi tercapai. akhirnye, bile balik aku jupe yang tercinte sahaje. hahaha!! tapi takpe lah, mmg kene bagi priority kat hubungan yang hendak berkembang mekar macam bunge ros ni... tapi balik kali ni, aku nak jumpe kwn2 lain jugak. terutama geng2 kg kerinchi. rindu wooooo nak lepak sama2 lagi. hehe.. so, ade dua minggu lagi, aku kene wat list nak g mana utk cuti ni. yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyy................ ok kawan2, adios.

Tuesday, March 8, 2011

LiFe, Oooohhh..liFe..

Hello...

bulan ni dah nak masuk bulan ke 4 rupenye. semuanya ok. slamat ulang bulan ye nadia. dok kat kedah elok elok yeee... hehe!! skang ni kul 4.30, tapi aku masih di opis. otak aku tgk ligat pikir ape nak ajar students esok. esok last chapter aku ajar, pastu dah habis silibus. boleh la menarik nafas legaaaaaaaaa........ hehe! at least subject public speaking ni tinggal presentation je. pastu aku plak yg dok dgr depa bercakap. yeay... :)) inilah masa nak tgk depa paham ke tak ape aku ajar. hehe!! camtu lah, dalam sbulan dua ni mmg akan bz giler. bz with classes, marking la, conference la, student dev la. adoi. bulan 6 plak ade induksi utk pengesahan jawatan. Maka aku, imtiaz, nunu and hana akan berkampung la kat sini. uum selama 12 hari berturut2. phewww... esok plak ade sesi recording utk listening test. fadhli yang nak rakam suara aku. mase first time record tu, aku asek nak tergelak je. brape kali cut pun aku tak tau. hahhahhahaha!!! cian fadhli. wakakak!! dia yang kene edit. :)) 

tulah kehidupan aku selepas belajar hari tu. duk kat changlun tu pun dah lama rasenye tak sembang ngan jiran. jgn depa kata aku sombong dah. tapi lepas keje mmg tak larat punye. dinner pun aku beli siap siap. sbb malam aku malas nak kuar dah. huhu! tapi pagi tadi, tetibe aku nampak mesyuarat tingkap kat luar umah, makcik2 terdiri dari surirumah kt situ. aku pun secara selamba join jap la, sembang. padahal aku dah terlambat nak p meeting department masa tu. depa ajak g majlis kawen kat situ. aku pun on je.. hehe. jiran2 tu dah macam famili jugak la. :))

lastly, aku sgt gembire kerana tak sabar nak tunggu hujung minggu ni. hehe. sbb si dia nak mai changlun ni. skali lagi, sbb last week aku dah g kampung dia. kire lawatan balas la ni. haha!! so, this week dia mai, lagipun ada hal yang perlu kami setelkan. berkaitan masa depan. weeeee... aku bersyukur kerana dia menunjukkan usaha potitip utk bersama ngan aku. at least aku tau dia serius. jangan putus asa ye bebeh! we can do this! hehehehe.... ;)) 

Wednesday, February 23, 2011

My HoNeY Bee...


Bzzz Bzzzz... Sesuai dgn tajuk My honey bee... Huwarghhh... Bile la bole ketemu lagi ni. Nasib la cuti aku ngan cuti dia tak sama. nak wat cmne eikkk.. dugaan dugaan. Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk perjuangkan hubungan ni, walaupun jauh tapi sentiase dekat di hati. hehe!! 

Ucapan buat abe sayang: Bile nak mai changlun lagi? hehe!! Org rinduuuuuuuuuuuu........ rindu nak main game lumbe kete, game tembak hantu, rindu nak makan pasembur kat penang, rindu nak kene saman ngan majlis perbandaran, rindu nak jalan2. Cpt dtg k. =)




Thursday, February 10, 2011

Ouh, ChenTa....


Helo lo looo...

aku baru je menyiapkan keje. skang pukul 5.30. dalam opis ni ade aku ngan opismet aku je, namanye nurul akma. dia dok depan aku. budaknye otak boleh la aku layan. sempoi gile. dia ni rupenye kwn kpd kwn aku kt maktab tmpt aku ngaja dulu. keciknye dunia. haha!! dia sgt2 ok. ok? keke! oklah, menyimpang dah tajuk aku ni. 

tajuk entri aku ni ialah: chenta. upss.. bukan bermaksud nak dkt V day, aku buat entri ni ye. takde kene mengena. hehe! aku cume nak bercerita pada ...pada sape ye. blog ni pun sunyi sepi je. tapi anggaplah, aku saje bercerita pada blog. weeee... sbb sini tidak sesibuk FB. 

Yerp, aku mengaku hatiku kini telah dimiliki. weh, indah la pulak rasenye. tapi disebabkan sifat semulajadi low profile i ni, so i malas mau heboh2. kalo ikutkan cukuplah sekadar aku dan dia je. tapi akhirnye aku sedar, dalam dunia ni bukan aku ni hidup berdua je ngan dia. famili tak leh diketepikan. tapi ya, masih dalam proses utk reveal. rilek, sket demi sket... banyak lagi hal lain yang perlu kami utamakan and uruskan. ke jinjang pelamin, ya, insyaAllah. Aku harap aku dpt menghabiskan sisa hidup dgn dia. ntah knape sbelum ni aku takut utk beritahu akan komitmen, well, things can be very complicated! huhu! banyak benda yang aku takut sebelum ni. hrmmm..ntah pape. mungkin itu maksudnye aku tak bersedia kut. he he. Sekarang ni, aku dah sedia berikan komitmen lebih utk hubungan kami. byk percent gak ni. and it keeps on increasing. Aku akan cubelah sedaya upaya perjuangkan hubungan ni sampai bile bile. bile dah serius cmni lah. wah, tak sangke sumernye berlaku sangat pantas! 

Cabaran mmg banyak, tapi kalau pikir cabaran itu menyusahkan, sampai bila bila hubungan tak ke mana. Aku terima cabaran itu sebagai ujian kepada hubungan we ols ni. keh keh! Panjang lagi perjalanan hidup aku bersama dia. Aku memanjat doa ke hadrat Ilahi semoga hubungan aku dan dia berkekalan dan diberkati. Permudahkan lah urusan kami Ya Allah. Amin. :)






Wednesday, February 2, 2011

GonG Xi GonG Xi!!!


Hello peeps!! 

hehe! ade masa lapang sket ni, so aku saje nak memblogkan diri. skang ni kat opis, biasenye hari rabu cmni kelas aku pack. tapi aku cancelkan kelas sbb kecian kt budak2, nak balik. aku paham, sume dok jauh2. ambik masa sehari gak la nak balik. aku paham..aku paham... hehe! 

semuanya gara2 raya cina esk. walaupun aku tak sambut, tapi aku dah excited nak balik. flight mlm ni aku dah tempah awal sebulan dah. haha! betapa seronok nak balik cuti ni. ye la, byk menda aku nak wat cuti ni...antaranyeeee: 

1) jupe famili laaa........ :) 

2) kenduri kazen aku kat kuantan. luse aku kene travel ke kuantan. dah la kene jadi pengapit. baju lum beli lagi. hehe! esk..esk.. 

3) jumpe luv. aku nak paw teppayaki ngan kfc. sbb sini takde mende2 tu sumer. hahaah!! nasib anda dpt sy yg suke makan..nyum nyummmmmmmmsss.. 

4) jupe anak sdare tercinteee.... aunty rindu korang sayanggg!!!

5) aku nak jupe kwn aku sgt kt kl tu. cik norseah. kenal? tapi dia plak balik kedah. aku g sana, dia balik sini. haih. xpele, takde jodoh nak jupe. :) 

Haaa...bz tak aku. agak la. tapi aku cube la utk menggunakan cuti ni sebaikkkkkk mungkin. agar takde yg membazir. membazir tu tak elok taw. Rehat lain citer. sebb lepas cuti aku takde kelas lagi. bebudak cuti mid term. yahooooo... hehe! leh la aku prepare material time tu. utk cuti ni jgn pikir pape dulu. tolak tepi marking, tolak tepi exam paper. tolak tepi. beri masa utk diri sendiri. baru smangat nak sambung life. keke! oleh itu, sy mengucapkan, slamat hari raye cine buat rakyat malaysia. jum sama2 makan limau mandarin. hehe!

Wednesday, January 26, 2011

Sy SyG suMe StudenT saYe...


Dear blog, 

Blog ni aku dedicate khas utk student2 aku di UUM yang tgh amik course aku di pusat komunikasi dan bahasa moden, walaupun depa tak tau kewujudan blog ini. keh keh! rasanye dalam blog ni aku sorng je syok sendiri post. tapi ok gak, sunyi aman je blog ni. haha! 

Minggu ini dah masuk minggu kedua aku jadi instructor utk 3 subjek : Process Writing, Public Speaking and English for Communication 2. banyak kannnnnnnn? mcm gilo jap aku stadi subjek2 tersebut. tapi ini first sem, biase le. nnt dah lama2, aku leh biasekan diri dgn content. hehe. 18 jam per week. hehe.. redha je lah. mmg best, dah masuk minggu ke 2, aku mmg enjoy la ngaja depa. aku ade 6 grups, total sumer student ade la dlm 100 kut. tapi aku cube la nak ingat korg punye muke ye. hehe. dalam minggu kedua ni, masih lagi kucar kacir pasal student n grup. aku pun tak paham cmne pendaftar susun nama budak2 ni. bile dah masuk minggu kedua, ramai yg dah biase ngan aku. tetibe tadi, ade sorg studt ni, kire aku suke gak la kt budak ni, kelakar jek. dia pun suke sakat aku dlm kelas. aku sbenarnye dah dpt emel dari bos mengatakan nama student byk yg kucar kacir. so aku suh sumer student cek nama diaorg, mane tau ade yg kene pindah grup. rupenye, budak ni kene pindah. adusssssss....... dia frust giler la dalam kelas tadi, senyapppppppppp je dlm kelas. aduhaiii..aku lak tak sampai hati tgk. uwaaa.... tapi nak wat cmne, aku as instructor, kene bagi smangat kt dia utk teruskan jugak study walaupun kene pindah to other grup. paling tak leh lupe, bile aku suh sumer cek nama, diaorg kata it'll be a bad news kalo kene tukar grup. aku tanye mesti pasal tak nak berpisah ngan kwn. rupenye pasal tak nak pisah ngan aku. aku tak tau la depa ikhlas ke tak. tapi bahagia je dgr cmtu. wakakakakka!!! suke2. 

Oklah student2, sy nak korg sume tau lah ye, sy akan berusaha ngajar korg betul2. :)) gambate! 

Monday, January 24, 2011

Kelas Kemalas Malasan


Hahaha...

Jap lagi kelas. saje je nak update. aku malas la pulakkkk... adoi doi doiii.... bestnye jadi student, kalo malas g kelas leh ponteng, skang ni takde can dah aku nak wat cmtu. hahaha!!!


Sunday, January 23, 2011

LucKy...


Do you hear me? i'm talking to you..
Across the water, across the deep blue ocean
under the open sky
oh my! baby i'm tryin
Boy i hear you, in my dreams
i feel your whisper across the sea
i keep you with me, in my heart
u make it easier when life gets hard
ouh yeah (saje tambah)

Lucky to have been where i have been
Lucky to be coming home again... AND
They don't know how long it takes
waiting for a love like this ... 

Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday....
Someday.... (saje tambah lagi).. 

P/S: ;))